「我要競標購買劉特佐豪華遊艇『平靜號』!」

繼我國首相敦馬哈迪指將在全國登廣告,脫售被查封的豪華遊艇「平靜號」後,紅衫軍領袖兼巫統大港區部主席拿督斯里嘉馬尤諾斯毛遂自薦,要競標購買該艘遊艇。

嘉馬接受本地網媒「祖國網」(Watan Online)訪問時指出,他將在近期內召開記者會,發布購買有關遊艇的詳情和原因。

根據報導,首相敦馬哈迪在記者會宣布,由於「平靜號」每月需200萬令吉保養費,因此政府將在全球刊登廣告脫售該艘遊艇。

馬哈迪說,為了將「平靜號」賣得好價錢,政府決定不開放民眾自由參觀遊艇,避免破壞該艘遊艇,同時讓未來買家留下不好的印象。

Jamal Yunos berhasrat bida kapal mewah Equanimity

Kapal layar mewah Equanimity yang bakal dijual oleh kerajaan Malaysia bakal dibida Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

Equanimity dikaitkan dengan 1 Development Malaysia Berhad (1MDB) kini berada di pelabuhan Klang mendapat perhatian umum.

Jamal yang ditemui ekslusif oleh wartawan Watan-Online memberitahu beliau berhasrat turut serta membida bagi memiliki kapal tersebut.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media khas dalam waktu terdekat ini bagi menjelaskan lebih lanjut hasratnya itu.

Saya akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan penawaran diri saya untuk membida jualan kapal mewah itu, katanya, Ahad.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kekemasan kapal itu perlu dijaga kerana ia akan djual semula kepada bakal pembeli bagi mendapatkan semula duit yang didakwa dicuri dari negara ini.

Kita tidak mahu beri persepsi negatif kepada pembeli. Kita tidak mahu kapal ini mengalami susut nilai yang banyak, katanya.

Terdahulu, Malaysia mengeluarkan waran untuk merampas secara rasmi kapal layar mewah berharga AS$250 juta (RM1.02 bilion) itu di tengah insiden tarik tali antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kerajaan Indonesia merampasnya pada Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap isu 1MDB.

================================================== =================