雪州 哥打白沙羅 Kota Damansara, Selangor

全場三點式暹妹招呼,又有三點式鋼管舞,你都別說不好玩咯!!!

又一家掛羊頭賣狗肉的吊花場被掃咯!!!

拿著“Cafe”的營業執照,內裡卻經營三點式鋼管舞吊花場,裡面的GRO全部三點式上陣招呼老闆!!!

14名持旅遊證的泰國妹全部上車!!!

GRO Leka Melayan Pelanggan Dalam Sebuah Pusat Hiburan

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Bukan sahaja menyediakan tarian separuh bogel, lebih 'menarik' lagi apabila diiringi suasana muzik yang kuat dengan layanan gadis seksi.

Namun, kegiatan berahi sebuah pusat hiburan yang terletak di Kota Damansara, di sini, sejak empat bulan lalu akhirnya dihidu dan digempur sepasukan polis Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, Ops Noda ini dijalankan kira-kira jam 11.30 malam hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, ketika serbuan, gadis pelayan pelanggan (GRO) sedang leka melayan pelanggan, malah terdapat antara gadis ini asyik menyajikan tarian tiang.

"Dalam serbuan ini, seramai 27 individu telah ditahan membabitkan 13 lelaki termasuk lima warga Bangladesh membabitkan pengurus premis, pekerja selain 14 wanita merupakan pelayan.

"Semakan dokumen mendapati, wanita terbabit merupakan warga Thailand berusia lingkungan 20-an," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian telah merampas resit harian, mahkota, minuman keras, pelekat, peralatan audio serta wang tunai berjumlah RM1,225.

Mengulas lanjut, Mohd Khaizam berkata, wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke dalam negara. Mereka dipercayai menjadi pelayan dengan menawarkan tarian ghairah dan separuh bogel.

Katanya, pelanggan premis ini akan dilayan oleh wanita terbabit dan pada masa menyajikan gelekan tiang.

"Pelanggan akan memberi tips serendah RM100 untuk setiap pelekat yang akan ditampal pada GRO ini. Pelanggan yang lebih tertarik dengan layanan ini juga sanggup membayar RM300 hingga RM500 untuk setiap mahkota," katanya.

"Pemeriksaan mendapati premis ini hanya mempunyai lesen perniagaan kafe, tetapi tidak memiliki lesen hiburan serta lesen minuman keras," katanya.